Thursday 6 September 2012

Untuk Dia - Najwa Latif ft Sleeq

             

pertama kali dengar lagu 'UNTUK DIA' nyanyian najwa latif dan sleeq ni.. hati aku sudah terpaut.. lagu ni agak rancak tapi agak sedap didengar dan ianya menjadi kegilaan ramai orang pada masa sekarang kann.. termasuk jugak aku laa... hmm

oleh kerana suka UNTUK DIA, aku dah jadikan lagu ni sebagai lagu di blog ni buat sementara waktu.. agak-agak dah bosan dengar lagu nih, aku remove lah.. tapi ada sesetengah orang tak suka kalo dalam blog letak lagu kan.. mengganggu katanya.. tapi, itu hak masing-masing.. kalau tak nak dengar lagu, boleh mute lagu tu di sebelah ni.. so easy rite?

p/s: malam ni lenguh-lenguh kat bahagian kaki.. aduiii, tersalah urat ke apa ni?


Cerita petang untuk hari ini

Tengahari tadi ayah aku call. kalo ayah aku call mesti ada apa-apa hal mustahak yang dia nak sampaikan.. kalo takde hal mustahak, dia jarang call.. tapi walaupun dia jarang call, aku tak kisah sebab aku dah 'biasa' mengalami situasi macam ni..


alkisahnya tentang call tadi.. ayah aku nak beritakan tentang kes kakak aku yang sorang tu kena warded.. mungkin dia kena operate kot.. katanya, ada masalah tonsilitis.. apa pun yang berlaku, aku doakan agar beliau lekas sembuh hendaknya.. patutlah masa raya puasa hari tu, bila kitorang sembang-sembang..aku pelik bila dengar tone suara dia dah jadi lain.. dah bukan suara dia dah.. dah bertukar jadi suara orang lain pulak.. rupanya ada tonsilitis.. bahaya ke tonsilitis ni?? 

ohhh ya, esok aku akan bertolak ke suatu tempat.. ada agenda penting yang harus dihadiri.. harapnya segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar hendaknya.. mintak-mintak janganlah hujan esok hari sebab aku kalo hujan-hujan ni cemasnya lain macam sikit.. nak drive pun tak selesa.. mata kena celik seceliknyalah gamaknya kalo drive time hujan.. uiih,takutlah..


Versi Baru.. Wajah Baru


Alhamdulillah.. setelah lama difikirkan, maka aku mengambil keputusan untuk meneruskan niat di hati untuk mencipta satu blog yang baru bagi mengganti 'kehilangan' blog yang lama.. yang lama biarkanlah berlalu.. ciptalah 'keindahan' yang baru agar segala kedukaan yang lama berlalu pergi dari sanubari.. insyaallah, itulah yang sangat aku harapkan..